Howard kemudian memintanya menjelaskan siapakah ‘baby girl’ yang dimaksudkan – sama ada teman wanita atau bayinya sendiri. Post seterusnya menambah, “Anak perempuan saya.”
Menariknya, Howard turut mencungkil rahsia mengenai teman wanita Post dan memintanya mendedahkan status perhubungan mereka.
“Pada saat ini, adakah dia teman wanita atau tunang anda?” tanya Howard sebelum Post menjawab dengan ringkas, “Dia tunang saya.”
Bagaimanapun dia tidak mendedahkan nama wanita misteri yang berjaya mencuri hatinya selama bertahun-tahun, begitu juga tarikh kelahiran cahaya matanya dan bilakah dia melamar teman wanitanya.