Awal Mei lalu Post mendedahkan keterujaannya untuk bergelar bapa dan mengakui tidak sabar menantikan perubahan baharu dalam hidupnya.
“Saya teruja mahu memasuki fasa baharu dalam hidup. Saya tidak pernah segembira ini,” luahnya.
Akuinya saat itu, dia memutuskan untuk menilai semula kehidupannya dan berasakan sudah tiba masa untuk dia menjaga tubuh, keluarga dan rakan-rakan sambil mempersiapkan diri untuk menjadi seorang bapa.
“Selain itu saya mahu menyebarkan kasih sayang dan rasa cinta sebanyak mungkin setiap hari,” ujarnya.
Baca: Post Malone Berkongsi Kejutan Istimewa Bersama Peminat