Walaupun hantaran tersebut mendapat lebih lima juta likes daripada peminat setia, segelintir daripada mereka berasakan penampilan pasangan itu tidak sesuai untuk perjumpaan rasmi.
“Adakah wanita muda ini tidak diberitahu bagaimana untuk berpakaian ke majlis rasmi?” tulis seorang pengguna Twitter, manakala seorang lagi menambah, “Saya suka penampilannya. Saya bukanlah bijak pandai, tetapi rasanya ia tidak sesuai disarungkan untuk bertemu presiden dan isterinya.”
“Dia berjumpa presiden dalam pakaian itu? Oh, dia benar-benar jauh dari alam realiti. Anda tidak boleh menyarung pakaian sedemikian ke pejabat, apatah lagi ketika berjumpa presiden,” seorang lagi menulis.