“Saya bukan mahu menghentam, tetapi anda berdua orang dewasa yang berduit. Bagaimana anda boleh bertemu presiden dalam pakaian yang hanya sesuai digayakan ke kelab malam? Tiada siapa mengajar anda mengenai etiket?” komen seorang pengguna Twitter.
Ini bukanlah kali pertama pasangan suami isteri itu diselar kerana pilihan gaya tidak sesuai. April lalu, Justin menerima kritikan hebat kerana menggayakan dreadlocks, stail rambut yang sering dikaitkan dengan budaya kulit hitam. Hailey juga turut dikecam peminat kerana membiarkan suaminya melakukan cultural appropriation.
Foto: Getty Images
Baca: Justin Bieber Dedah Gaya Rambut Baru Selepas Dikritik Menggayakan Locs