Minggu lalu HFPA menyatakan persetujuan atas cadangan pembaharuan yang bertujuan untuk menangani isu kekurangan diversiti dan masalah etika lain.
Namun ramai pihak di Hollywood termasuk Time’s Up dan gabungan firma perhubungan awam berpendapat pembaharuan itu tidak seperti yang diharapkan dan tidak mencukupi.
Selain NBC, Netflix dan Amazon Studio turut membuat pengumuman bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan organisasi itu sehinggalah beberapa perubahan penting dilakukan.