Dalam buku tersebut, Putera Harry mendedahkan pelbagai rahsia yang selama ini disimpan rapi termasuk kejadian di mana Putera William menyerangnya secara fizikal pada 2019 serta bagaimana mereka memujuk Raja Charles untuk tidak mengahwini Permaisuri Camilla.
Putera berusia 38 tahun itu juga mendedahkan dia membunuh 25 Taliban semasa berada di Afghanistan, sekali gus mencetuskan kemarahan di kalangan anggota tentera dan Taliban sendiri.
Sebelum Spare dan A Promised Land, rekod buku bukan fiksyen paling laris adalah milik Becoming oleh Michelle Obama yang terjual sebanyak 725,000 salinan pada hari pertama pelancaran.
Baca: Putera Harry Pilih Berdamai Dengan Raja Charles & Putera William