Duke dan Duchess of Sussex turut menunjukkan keprihatinan mereka buat golongan yang memerlukan di musim perayaan ini menerusi yayasan milik mereka, Archewell Foundation.
“Sambil menantikan kehadiran tahun 2022, kami telah membuat sumbangan bagi pihak anda kepada beberapa organisasi yang menghormati dan melindungi sistem kekeluargaan – daripada golongan yang dipindahkan dari Afghanistan kepada keluarga Amerika yang memerlukan cuti ibu bapa.”
Organisasi yang dimaksudkan adalah Welcome US, Human First Coalition, Humanity Crew, Paid Leave For All, PL+US dan Marshall Plans for Moms.
Foto: Shutterstock