“Moto keluarga kami adalah ‘jangan mengadu, jangan beri penjelasan’. Tetapi ia sekadar moto. Mereka akan mendedahkan maklumat atau berbual dengan wartawan, dan wartawan itu akan menulis berita.
“Dan pada penghujung artikel, mereka akan menulis, ‘Kami telah menghubungi Istana Buckingham untuk mendapatkan komen.’ Sedangkan hakikatnya keseluruhan berita itu datangnya daripada Istana Buckingham sendiri.
“Jadi apabila diberitahu sejak enam tahun lalu, ‘Kami tidak boleh mengeluarkan kenyataan untuk melindungi kamu’, tetapi mereka sanggup berbuat demikian untuk ahli keluarga lain (Putera William), jelas lagi nyata perbuatan mereka adalah satu pengkhianatan,” ujarnya.
Temu bual rancangan 60 Minutes bersama Anderson Cooper ini akan turut disiarkan pada 8 Januari.
Baca: Bukan Salah Meghan Markle, Ini Punca Sebenar Persengketaan Putera William & Putera Harry