Pelakon kecil molek Puteri Sarah Liyana membuat keputusan untuk berhenti dari dunia lakonan. Dia baru sahaja mendapat kerja di butik Eiliya dan akan memulakan kerjanya pada Oktober ini.
Ini bukanlah kali pertama Puteri Sarah menyatakan hasratnya untuk berhenti berlakon. Walau bagaimanapun dia tidaklah berhenti terus dari dunia seni tetapi memilih untuk mencuba bidang pengacaraan. Dia memilih untuk mengacarakan sebuah program fesyen muslimah di TV2.
Puteri Sarah menafikan yang dia serik dengan kontroversi yang sering melanda sebaliknya menegaskan keputusan ini dibuat atas sebab penghijrahannya dan tidak mahu bersentuhan dengan bukan muhrim.
Gambar: www.rotikaya.com