Bintang terkenal Korea Selatan, Rain sanggup menolak tawaran untuk berlakon di dalam filem X-Men kerana mahu menghabiskan penggambaran dengan filem Uhm Bok Dong.
Bulan lalu Rain mendedahkan yang mana dia bakal bergandingan dengan aktres Kang Sora dan Min Hyo Rin untuk filem drama bertajuk Uhm Bok Dong. Filem itu diadaptasi dari kisah benar dan ia mengikuti penceritaan pengayuh basikal terkenal Korea yang bernama Uhm Bok-Dong, yang mana menjadi simbol harapan dan maruah buat rakyat Korea ketika era penjajahan Jepun. Rain bakal memegang watak pengayuh basikal tersebut.
Aktor veteran Lee Beom Soo yang juga memegang watak dalam filem Uhm Bok Dong turut menyatakan yang mana Rain sebelum ini mengikuti ujibakat untuk filem X-Men akan datang tetapi terpaksa melepaskan peluang yang diberikan kepadanya untuk filem biografi Korea itu.
Rain dikatakan sepatutnya memulakan penggambaran untuk filem Hollywood itu pada Julai ini tetapi dia menyedari yang mana jadual penggambaran tersebut telah mengganggu jadual filem Korea itu yang mana bakal bermula pada bulan Ogos nanti.
Beom Soo meluahkan rasa berbangga dan terharu ke atas tindak Rain yang sanggup melepaskan peluang keemasan untuk ke bumi Hollywood demi komitmen yang digalasnya.