Dua bulan mengikat tali pertunangan, pelakon jelita Raysha Rizrose selamat bergelar isteri kepada pelumba kereta F2, Nabil Jeffri dengan sekali lafaz.
Memilih tarikh istimewa 22.2.23, pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Raysha, Mohd Fariz Arshad di hadapan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Muhammad Fairudz Saderi.
Pada majlis yang berlangsung di Grand Hyatt Hotel dengan kehadiran 200 tetamu itu, pemilik nama Farza Naquraisha menerima mas kahwin sebanyak RM2,222 bersama tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama. Wang hantaran pula dirahsiakan jumlahnya atas permintaan keluarga.