Pada 26 Jun, portal gosip selebriti pop Crave memuat naik foto patung lilin terbaharu ciptaan muzium itu di Twittter. Ia diinspirasikan oleh penampilan Billie di karpet merah Oscar 2020.
Walaupun beberapa elemen seperti rambut dan kuku dilihat menyerupai penyanyi itu, namun wajahnya dianggap ‘jauh panggang dari api’.
“Mereka perlu berhenti menghasilkan patung lilin,” tulis seorang pengguna Twitter manakala seorang lagi menambah, “Langsung tidak menyerupai Billie Eilish.”