Seminggu sebelum tayangan Thor: Love and Thunder, Christian Bale meluahkan pandangannya mengenai satu lagi sekuel Batman.
Menerusi wawancara terbaharu bersama ScreenRant, Christian diminta mengulas ura-ura yang mengatakan dia bakal menghidupkan kembali peranannya dalam francais Batman, memandangkan dia kini terlibat dalam filem Marvel akan datang, Thor: Love and Thunder.
Dia sebelum ini pernah menjadi sebahagian daripada tiga sekuel francais itu iaitu Batman Begins (2005), The Dark Knight (2008) dan The Dark Knight Rises (2012).
![](https://preview.redd.it/wjb8bix4p3a81.jpg?width=640&crop=smart&auto=webp&s=035c833d06c37bb1476c63f53b21dbc7f2ec2efe)