“Mereka tidak membuat video lamaran tipikal seperti, ‘Sudikah awak mengahwini saya?’ dan memuat naik di Instagram. Tiada cincin pertunangan atau kejutan besar. Mereka sekadar menjadi rapat dan akhirnya melamar satu sama lain hampir serentak dengan berkata, ‘Saya mahu mengahwini awak.’ Ia sebenarnya amat romantis,” tambahnya.
Rita dan Taika dikhabarkan akan berkahwin di luar negara dikelilingi ahli keluarga dan rakan terdekat sebaik sahaja jadual kerja masing-masing menjadi lengang. Satu sambutan besar-besaran akan dilangsungkan di London tidak lama kemudian khas buat rakan selebriti.
Rita kini sedang menjalani penggambaran beberapa filem dan menjadi juri The Voice Australia manakala Taika pula sibuk dengan produksi filem arahannya termasuk Star Wars.