Berikutan tuduhan itu, penyanyi tersebut berkongsi satu kenyataan di Instagram mengakui kesilapannya bertindak di luar batasan namun menafikan berlaku curang dengan mana-mana wanita.
“Saya salah membuat pertimbangan dengan menggunakan ayat bercanda ketika berbual dengan wanita selain isteri saya. Saya tidak menjalin hubungan sulit namun telah melampaui batas dalam satu tempoh yang saya kesali dalam hidup saya.”
Behati dilihat tidak berganjak dari sisi Adam sejak berita kecurangan suaminya tersebar dan nampaknya pasangan itu telah berjaya menangani badai yang melanda rumah tangga mereka.
Baca: Behati Prinsloo Tampil Beri Sokongan Terhadap Adam Levine