Dua bintang utama siri “Emily in Paris”, Lily Collins dan Ashley Park sempat berkongsi pengalaman penggambaran musim kedua yang boleh ditonton bermula 22 Disember 2021 secara eksklusif di Netflix.
Siri popular “Emily in Paris” kembali untuk musim kedua. Bersempena dengan pelancaran musim baharu in, EH! berpeluang menemu bual dua bintang utama, Lily Collins dan Ashley Park yang memaikan watak Emily Cooper dan sahabat baiknya, Mindy Chen. Mereka sempat berkongsi pengalaman di balik tabir penggambaran musim kedua yang boleh mula ditonton pada 22 Disember 2021 secara eksklusif di Netflix.
Ikuti temu bual eksklusif bersama Lily Collins dan Ashley Park:
Fesyen memainkan peranan yang penting dalam watak Emily. Kongsikan look kegemaran anda dan bagaimanakah proses belakang tabir untuk memilih kostum anda musim ini?
Lily: Saya mempunyai banyak look kegemaran, tetapi ada satu look yang saya sentiasa lupa akan serta kurang memberikan perhatian adalah look terakhir untuk musim kali ini. Ketika itu, penonton boleh melihat watak saya dan Ashley sedang berbicara di atas bangku, atau ketika Emily menangis di atas jambatan dan membuat keputusan pada episod terakhir. Terdapat banyak lapisan pada look tersebut dengan padanan kot oversized, gaun pendek dan juga blaus mesh. Ia membiaskan inspirasi bawah lautan. Terdapat corak kuda laut yang menjadi simbol hubungan yang kekal selamanya, juga idea di mana Emily sedang ‘lemas’ dan cukup beremosi. Seperti seekor ikan kecil di dalam kolam yang besar, dibanjiri dengan air mata.
Setiap padanan gaya Emily mempunyai elemen metafora yang tersirat melalui perbincangan antara saya dan pereka kostum, Patricia Field dan Marylin Fitoussi. Bukan semua penonton akan menyedarinya ketika menonton siri ini, tetapi kami begitu menitik beratkan dan memberikan perhatian dalam setiap pemilihan look yang digayakan untuk setiap adegan. Adakalanya satu look akan dipakai untuk enam adegan berbeza, dan kami mahukan gaya yang berlainan sama ada memakai jaket atau tanpa jaket. Oleh itu setiap look mempunyai padanan yang berlapis-lapis untuk memberikan kelainan sepanjang episod.
Penonton berpeluang untuk mengenali watak anda dengan lebih dekat musim ini. Boleh ceritakan bagaimana anda membuat persediaan, lebih-lebih lagi untuk adegan nyanyian?
Ashley: Untuk adegan nyanyian terutamanya, selepas kami menerima judul lagu dan kedudukan adegan daripada skrip, kami akan memilih bahagian lagu yang mana lebih sesuai untuk adegan tersebut. Dan adegan nyanyian selalunya hanyalah selama seminit atau satu setengah minit sahaja. Kami juga akan berbincang mengenai pemilihan key lagu atau peralatan muzik yang akan digunakan bersama produser muzik di Los Angeles melalui Zoom. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum proses rakaman. Juga terdapat elemen nyanyian yang dimasukkan bersama adegan lakonan, kami perlu memastikan dialog serta koreografi untuk setiap adegan. Apabila kami tiba di set penggambaran, pelbagai kolaborasi bersama banyak pihak perlu dilakukan, terutamnya bersama pengarah kreatif, Andy Flaming yang turut hadir ketika sesi rakaman lagu
Apakah yang anda pelajari dalam melakonkan watak Emily?
Lily: Tidak takut untuk menyuarakan pendapat adalah sesuatu yang cukup berkuasa yang Emily pelajari muim ini, termasuklah kepada diri saya. Juga lebih terbuka untuk berkomunikasi dan membuka diri dengan sahabat yang terdekat, ia dapat membenarkan diri berasa lebih selesa untuk mengekspresikan diri atau mempelajari sesuatu yang baharu agar menjadi lebih matang. Menggunakan suara untuk memperkasakan diri dan masyarakat adalah perkara utama yang saya pelajari dalam melakonkan watak Emily.
Dalam siri ini, kita boleh melihat Emily berhadapan dengan pelbagai masalah dalam hubungan percintaan. Apakah nasihat yang boleh anda kongsikan kepada Emily?
Lily: Sejujurnya, saya juga akan memberikan nasihat yang sama kepada diri saya ketika muda. Dan saya juga belum lagi berkahwin. Pada saya, ianya sangat penting terutama untuk Emily mengetahui perkara yang dia tidak mahu dan tidak akan berjaya. Dengan setiap percintaan, walaupun hubungan itu tidak berkekalan tatapi kita akan belajar sesuatu daripada pengalaman tersebut. Dalam musim pertama, kita menyaksikan Emily mula mencari cinta selepas hubungan sebelum ini berakhir. Dia mula mengenali dirinya dan juga orang disekeliling melalui perhubungan yang terjalin. Jangan sesekali menyesal dan penting buat Emily untuk tidak berasa malu untuk mencuba pengalaman baharu. Adakalanya kita tidak akan tahu apa yang kita mahukan sehingga ia berada di depan mata. Ole itu, jangan tahun untuk mengekplorasi sesuatu yang baharu.
Musim pertama “Emily in Paris” berjaya menarik penonton di seluruh dunia. Pada pendapat anda, apakah yang membuat siri ini menjadi sangat popular secara global?
Lily: Pada saya, humor, gelak ketawa, senyuman dan apa sahaja yang menyeronokan adalah bahasa yang universal. Kita tidak perlu faham sesuatu bahasa itu untuk mengetahui atau merasai perkara yang ceria atau kelakar. Humor boleh diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dan ia menawarkan elemen eskapisme lebih-lebih lagi ketika dilancarkan pada musim pertama. Dan sehingga hari ini kita masih lagi berhadapan dengan keadaan pandemik dan ada antara kami yang tidak dapat terbang ke Paris atau berjumpa dengan keluarga tersayang. Berpeluang untuk mengembara atau menikmati keseoronakan, ia boleh disaksikan melalui siri ini. Ketika dilancarkan, ia seperti sebuah terapi buat penonton dengan kombinasi gelak ketawa dan senyuman untuk mengharungi keadaan yang sukar ini.
Ashley: Apa yang saya suka mengenai siri ini terutamanya pada watak Emily adalah dia tahu apa yang dia mahu dan tidak mencuba untuk menjadi orang yang lain. Dia mempunyai pendirian diri dan moral yang selari dengan siri ini. Terdapat elemen fesyen dan juga muzik, dan karakter saya menggunakan muzik sebagai bahasa universal untuk memberikan sisi warna dan eksplorasi. Setiap episod setiap filem pendek 30 minit yang menyatukan semua karakter pada musim pertama, dan kini penonton dapat mengenali dengan lebih dekat setiap karakter serta barisan pelakon baharu yang pasti menyuntik lebih keseoronakn kepada penonton dalam musim kedua.
Apakah tarikan siri “Emily in Paris” yang akan menarik penonton Malaysia musim ini?
Ashley: Terdapat watak berbangsa Asia dalam siri ini, saya mengharapkan ia dapat membantu hahaha…. Saya juga mempunyai ramai kawan dari Malaysia dan mereka sering mengajak saya untuk melawat mereka. Antara negara yang sering menjadi tumpuan pelancong, kaya dengan budaya, muzik dan penuh dengan kehidupan. Mempunyai siri berlatarkan sebuah kota yang penuh dengan kehidupan seperti Paris juga telah menarik ramai untuk mengunjungi lepas menonton siri ini. Ia banyak memberikan inspirasi untuk mempelajari budaya baharu dan bertemu dengan bangsa lain, yang menjadi latar kepada siri ini. Tema global ini yang pasti menarik penonton di Malaysia untuk menonton Emily in Paris.
Ceritakan pengalaman kembali melakonkan watak anda selepas menjalani ‘lockdown’?
Lily: Saya tidak sangka ia begitu sukar. Kita sudah biasa berada dalam keadaan yang keselesaan di rumah. Dan kini kami kembali memainkan watak yang sangat mementingkan fesyen. Sangat seronok dapat bergaya semula, tetapi kini kami lebih menghargai keselesaan.
Ashley: Kami berdua sudah setahun tidak memakai sepatu tinggi. Emily dan Mindy hanya memakai sepatu tinggi dalam siri ini. Ianya sangat kelakar. Saya teringatkan merakamkan adegan parti yang kami perlu berjaga sepanjang malam, dan cuaca sangat sejuk ketika itu. Kami perlu memakai sepatu tinggi sepanjang masa tapi cukup menyeronokan.
Apakah cabaran yang anda hadapi ketika penggambaran musim kedua ini?
Lily: Pandemik ini adalah cabaran terbesar kami. Kami perlu mengukuti protokal dan langkah keselamatan yang ketat di dalam dan luar set penggambaran untuk memastikan kami boleh menyelesaikan rakaman musim ini. Kami juga perlu memastikan barisan pelakon dan kru berasa selesa dan selamat. Sangat berbeza dengan rakaman musim pertama. Kami juga berada lebih rapat antara satu sama lain kerana kami semua seperti berada dalam kuarantin. Kami tidak boleh berjumpa dengan orang luar. Dan semua perlu mengenakan pelitup muka yang memberikan perasan dekat tapi jauh antara satu sama lain. Tapi, kami sangat bersyukur dapat bersama-sama semula.
Ashley: Saya setuju. Walaupun memakai pelitup muka, kami sudah mengenali pelakon dan kru daripada musim pertama. Sejujurnya, saya perlu melakukan beberapa perubahan. Saya teringat hari pertama rakaman yang melibatkan lebih 200 pelakon tambahan di Saint-Tropez. Selepas pengarah menjerit ‘action’, Lily menyedari mereka tidak menanggalkan pelitup muka masing-masing. Kami terlupa kerana kita semua sudah biasa dengan pemakaian pelitup muka hari ini.
Lily: Ketika atau selepas rakaman, kami mahu memastikan keselamatan semua yang terlibat. Tetapi siri ini berlaku dalam dunia tanpa pandemik.
Ashley: Sejak rakaman musim pertama lagi, kami cukup selesa dengan kru Perancis. Belakon dalam waktu Perancis, selesai penggambaran kami semua akan makan malam bersama-sama. Tapi kini sukar untuk melihat muka masing-masing. Kami tidak dapat melakukan ‘wrap party’, hanya minum di ruang parkir sahaja. Bukannya sesuatu yang perlu, tetapi kami hanya mahu melepak bersama-sama selepas penggambaran. Itulah yang paling kami rindui mengenai rakaman musim kedua ini.
Musim kedua siri popular “Emily in Paris” sudah boleh disaksikan bermula 22 Disember 2021 secara eksklusif melalui Netflix.
Foto: Netflix Malaysia
Baca lebih lanjut: BIG ON JOY! Cita Rasa Musim Percutian The Big Group