Usaha penyanyi itu untuk mengelak perbicaraan juga pasti sukar kerana pihak pendakwa telah pun menjumpai bukti yang kukuh untuk mensabitkan kesalahan.
Seperti yang dinyatakan Hakim Marco Jesus Juberias, Shakira perlu membayar cukai kerana dia menghabiskan banyak masa di Sepanyol, meskipun dia bukanlah warganegara.
Perbicaraan ini nampaknya akan mengambil masa yang lama. Peguam Shakira telah pun mengemukakan bantahan terhadap tuntutan tersebut dengan alasan penyanyi itu menetap di kediaman rasminya yang terletak di Bahamas. Justeru tiada keperluan untuknya membayar cukai di Sepanyol.