Menjelaskan pilihan pertamanya iaitu Paul Newman yang meninggal dunia pada 2008 ketika berusia 83 tahun, Brad Pitt berkata, “Dalam dunia lakonan iaitu kerjaya harian saya, saya pilih Paul Newman kerana dia bagaikan tidak dimamah usia. Bukan itu sahaja, dia juga seorang insan yang sangat istimewa, pemurah, peramah dan jujur.”
Pelakon berusia 59 tahun itu kemudiannya berkongsi alasan mengapa dia memilih George Clooney sebagai lelaki terkacak masa kini.
“Jika saya perlu menamakan seorang lelaki pada masa sekarang, saya memilih ‘si bedebah’ George Clooney. Mengapa tidak? Kerana saya sering mengusiknya dan dia juga selalu mempermainkan saya. Jadi kali ini saya akan berbuat sebaliknya, saya beri peluang kali ini sahaja. George, ini untuk anda!”
