T.O.P Big Bang dilaporkan tersingkir dari latihan khidmat ketenteraan dek kerana terlibat dengan penggunaan dadah.
Bintang k-pop itu dikatakan mengaku mengambil dadah jenis ganja. Menurut laporan antarabangsa, T.O.P perlu mengikuti proses penyiasatan dan perbicaraan mahkamah berhubung kesnya itu selepas diarahkan meninggalkan proses latihan itu.
“Jika dia tidak dijatuhi hukuman penjara, dia akan diarahkan untuk memasuki dan menjalani latihan khidmat ketenteraan semula serta bermula dari awal. Bagaimanapun dia tidak boleh diterima semula ke dalam satu bahagian yang sama selepas diusir keluar melainkan jika dia mempunyai alasan kukuh. Secara rasmi, khidmatnya sebagai seorang anggota polis tentera kini telah berakhir,” kata pihak polis yang menguruskan kes T.O.P itu.
T.O.P yang dilaporkan telah dibawa ke Balai Polis Gangnam semalam untuk proses siasatan. Walaubagaimanapun, bintang Big Bang itu dilihat seakan tenang dan masih boleh tersenyum meskipun sudah terlibat dengan kes sebegitu.
Ahli kumpulan Big Bang itu dikatakan mungkin boleh didakwa atas kesalahan penyalahgunaan dadah merbahaya dan boleh dipenjara. T.O.P telah mengaku terlibat dengan dadah sejak bulan Oktober tahun lalu.