Pelakon jelita, Anzalna Nasir berkongsi ilham tata gaya hiasan rumah kolaborasinya bersama H&M Home sempena ketibaan Aidilfitri.
Dinamakan sebagai “Anzalna Nasir for H&M Home”, kolaborasi ini menyaksikan Anzalna memilih item-item menarik dari H&M Home sebagai subjek dekorasi ruang sempena meraikan Hari Raya tahun ini. Rata-rata item yang dipilih ini diambil daripada himpunan musim panas 2017 H&M Home.
Kata Anzalna, ilham mereka letak ruang juga kediaman untuk kolaborasi ini datangnya daripada pengalamannya sendiri meraikan Aidilfitri yang mana banyak berkaitan dengan amalan kunjung mengunjung dan berkumpul bersama sanak saudara.
Antara item pilihan Anzalna daripada H&M Home ialah sarung kusyen, selimut, pelbagai rekaan pasu, dulang, pinggan mangkuk, lilin, permaidani dan pemegang lilin yang pastinya menambah warna kepada tata rias ruang Aidilfitri ini. Pilihannya menonjolkan elemen Bohemian juga unsur tropika.
Penggambaran kempen ini turut mendapat kerjasama daripada pereka hiasan dalaman Ben Firdaus Azraai, jurusolek selebriti yang juga kegemaran Anzalna sendiri, Khir Khalid.
“Anzalna Nasir for H&M Home” boleh didapati di stor H&M Home di H&M Avenue K, H&M Quill City, H&M IOI Putrajaya and H&M Spring Kuching.