Teresa juga mendakwa bahawa gaya grafik dan skema warna yang digunakan oleh Taylor untuk buku albumnya juga terlalu serupa dengan bukunya. Oleh itu, tidak bukanlah kejadian kebetulan semata-mata.
Taylor Swift dilaporkan menghadapi satu lagi pertikaian hak cipta, melibatkan lagu popular keluarannya pada 2014, Shake It Off. Sean Hall dan Nathan Butler, yang menulis lagu 3LW Playas Gon’ Play, menuduh Taylor memplagiat lirik mereka untuk lagu hit 2014 beliau. Bagaimanapun, Taylor Swift dilapor menafikan menyalin sebarang lirik secara bersumpah.