Temubual eksklusif EH! bersama Golda Rosheuvel
“Hello darling!”, itulah ayat pertama yang membuka ruang sunyi temu bual eksklusif EH! bersama Golda Rosheuvel. Keperibadian yang disenangi dan seronok berbicara membuatkan semua orang teruja untuk meneliti pengalaman peribadi Golda yang membawa peranan sebagai Ratu Charlotte dalam Bridgerton. Berusia 53 tahun, pelakon British ini berkongsi pengalaman yang menarik sepanjang set pengambaraan dilakukan.
1.Musim lalu, watak Golda Rosheuvel (Queen Charlotte) menarik perhatian peminat akan kisah cintanya. Apakah yang boleh diharapkan oleh peminat daripada watak Queen Charlotte kali ini?
Semua orang megetahui kisah cinta Ratu Charlotte dan suaminya, Raja George. Mereka berdua sangat mencintai satu sama lain dan mempunyai pelbagai momen masam dan manis perihal rumah tangga. Mereka bekerja sebagai satu kumpulan, mengubah dunia bersama dan kekal bersama hingga akhir hayat. Watak Ratu Charlotte mengubah skeptikal manusia akan pemerintah wanita yang kuat dan berkarisma. Beliau membawakan tema cinta dan kuasa dalam satu masa. Cerita beliau amat menginspirasikan ramai orang, akan kisah cinta yang sejati dan tulus kepada Raja George. Tiada cinta yang indah selain Ratu Charlotte dan Raja George. Mereka berdua berjaya membuktikan bahawa cinta itu ada walaupun keadaan George tidak mengizinkan.
2.Kejayaan Bridgerton pada musim pertama dan kedua pada musim lalu, apakah perasaan anda tentang berpeluang menyertai siri ketiga ini sebagai Queen Charlotte – watak utama?
Saya amat teruja kerana ia merupakan watak yang bakal memberi impak baik kepada penonton. Saya belajar lebih mendalam tentang diri Ratu Charlotte, lenggok bahasa dan gaya peribadinya. Beliau seorang yang sangat kuat dan berkarisma. Kehidupannya sebagai seorang gadis sosialit kepada wanita, isteri Diraja dan kemudian pemerintah tanpa George disisi. Ia mencerminkan kualiti pemerkasaan seorang wanita, yang mana ia baik untuk dipertontonkan kepada khalayak. Beliau tahu apa yang diingininya dan tahu siapa dirinya. Saya pasti watak siri kali ini bukan sahaja memberi impak tentang cinta tetapi juga tentang diri wanita yang kuat. Tiak berseorangan, watak yang lain juga bakal memberi segmen kejutan, penonton bakal saksikan pelakon muda yang baharu dan lakonan yang hebat!