Temubual eksklusif EH! bersama Arsema Thomas
Raut wajahnya sedikit gusar saat bertentang mata untuk acara temubual namun saat selesa dengan masa, Arsema Thomas tidak lekang memberi senyuman dan gelak tawa kepada EH! Arsema Thomas atau nama panjangnya, Arséma Angela Adeoluwayemi Hamera Thomas merupakan watak Lady Agatha Danbury muda dalam siri drama tempoh Netflix Queen Charlotte: A Bridgerton Story. Pelakon Amerika ini mengakui keterujaannya saat dipilih membawa watak yang kuat dalam siri Netflix popular ini.
1.Arsema Thomas anda telah berjaya meninggalkan kesan lakonan yang mendalam terhadap penonton, apakah perasaan anda apabila terpilih untuk berlakon sebagai Lady Agatha Danbury muda?
Terima kasih, ia adalah pengalaman yang hebat tidak akan saya lupakan! Membawa watak sebagai seorang wanita muda yang terperangkap dalam perkahwinan tanpa cinta dengan seorang lelaki yang lebih tua, adalah sesuatu (watak) yang berat dan penuh perasaan. Namun, Lady Agatha Danbury seorang wanita yang bijak kerana dia melihat peluang ini sebagai ‘tiket’ untuk memiliki nama tertinggi dalam masyarakat. Kebebasan daripada sikap perkauman kelas atasan England telah memberi peluang kepada untuk rapat dengan Ratu Charlotte sebagai tiket untuk memiliki kebebasan dan menikmati keistimewaan yang tidak pernah dia miliki sebelum ini, dan yang paling penting, kebebasan daripada seksual yang tidak diingininya bersama suami, Herman Danbury (Cyril Nri). Saya mengalami pelbagai perasaan campur baur apabila memainkan watak sebagai Lady Agatha Danbury muda, beliau adalah seorang yang bijak mengatur hidupnya dan seorang kawan yang baik kerana sentiasa memberi nasihat kepada Ratu Charlotte yang baru sahaja mengalami fasa rumah tangga. Pasangan saya juga, Cyril Nri sentiasa menyokong dan memberi tunjuk ajar (kerjasama) yang bagus sepanjang penggambaraan berlaku. Semua orang juga melibatkan diri secara aktif dan saling menyokong satu sama lain, mereka seperti keluarga, dimana ia membuatkan saya senang melakonkan watak Lady Agatha Danbury muda.
2.Boleh kongsi cerita menarik yang berlaku sepanjang penggambaran?
Saya punyai satu pengalaman yang tidak akan dilupakan! Ia sangat lucu dan setiap kali saya kenang, saya akan ketawa mengingatinya. Saya seorang yang kelam kabut dan apabila ia berlaku, kejadian akan terjadi tanpa saya sedari haha! Ada satu kejadian set dimana saya perlu berhati-hati untuk tidak jatuh, kami berada di padang yang luas. Ketika itu saya memakai gaun yang sangat besar dan berat, saya berwaspada akan setiap langkah yang diambil. Tanpa sedar, saya terpijak satu lubang dan ia membuatkan saya jatuh terus terkena di muka. Semua krew set yang melihat kejadian itu terus mentertawakan saya dan membantu kemudian! Haha! Mereka bergegas membersihkan gaun saya, segala yang melekat di gaun, dicabut terus. Saya sangat kelam kabut! Namun kami semua menikmati momen tersebut, ia adalah pengalaman yang tidak akan saya lupakan.
Baca: Phoebe Dynevor Berkongsi Kejutan Besar Dalam Bridgerton Musim Ketiga