Butiran lanjut akan didedahkan hari ini yang menentukan sama ada Aryan akan dibenarkan keluar dari penjara pada hari ini atau esok (30 Oktober).
Ini bermakna cahaya mata sulung Shah Rukh Khan dan Gauri Khan berpeluang menyambut perayaan Diwali bersama keluarga yang bakal diraikan pada 4 November.
Berita itu mengundang keterujaan peminat yang mula berkumpul di perkarangan rumah Shah Rukh Khan selama beberapa jam untuk memberi sokongan.