Aryan ditahan pada awal Oktober lalu dalam serbuan penyitaan dadah yang dilakukan oleh Narcotics Control Bureau (NCB) di atas sebuah kapal persiaran.
Times Of India melaporkan, pihak NCB berjaya merampas 13 gram kokain, 21 gram kanabis, 22 pil ecstasy dan 5 gram mephedrone.
Aryan pada awalnya ditahan atas tuduhan membeli, menggunakan dan menjual bahan terlarang. Namun ketika sesi soal siasat, dia mengakui telah mengambil dadah selama empat tahun termasuk ketika menetap di Dubai dan United Kingdom.