Bagaimanapun ramai peminat fanatik One Direction mempertahankan penampilan terbaru penyanyi itu dan menggelarnya “kacak seperti biasa.”
Pakar pembedahan plastik yang mempunyai berdekad-dekad pengalaman, Dr Ramtin Kassir memaklumkan pelantun What Makes You Beautiful itu mungkin mendapatkan suntikan filler pada rahang, bibir dan dagu serta botoks.
Dr Azza Halim, pakar estetik dan pakar perubatan pula berpendapat Liam bukan sahaja mendapatkan suntikan filler tetapi juga menjalani prosedur penyingkiran lemak bukal, yang memainkan peranan besar pada transformasi wajah.
Seorang lagi pakar bedah kosmetik, Dr Thomas Su menegaskan penyanyi berusia 30 tahun itu mungkin menjalani prosedur sedut lemak sama ada di bahagian dagu atau garis rahang yang membantunya memiliki wajah lebih tirus serta terbentuk.
Baca: 5 Pelakon Korea Yang Sanggup Menjalani Transformasi Fizikal Demi Watak