Bagi generasi yang membesar dengan band rock Linkin Park semenjak tahun 1999, pemergian Chester Bennington ini merupakan satu berita yang amat mengejutkan.
Bennington, 41, disahkan telah meninggal dunia di rumahnya sendiri, Palos Verdes Estate pada jam 9 pagi (waktu di sana) dan kes ini dianggap sebagai kes bunuh diri.
Dia yang dikenali dengan keupayaannya untuk menghasilkan suara yang lunak dan jeritannya yang tajam telah mengeluarkan tujuh buah album untuk Linkin Park dan yang terbaru adalah “One More Light” dilancarkan pada bulan Mei lalu dan terus melonjak ke tempat pertama dalam carta antarabangsa.
Linkin Park juga dilaporkan bakal memulakan konsert jelajah mereka bermula 27 Julai ini. Penyanyi ini pergi meninggalkan isteri dan enam orang anak.
Bennington juga sebelum ini sangat terbuka dengan usahanya bertarung dengan ketagihan dadah dan alkohol yang juga merupakan inspirasi baginya untuk menghasilkan lagu-lagu hit buat Linkin Park.
It’s not cool to be an alcoholic — it’s not cool to go drink and be a dumbass” he said to Noisecreep in 2009. “It’s cool to be a part of recovery. This is just who I am, this is what I write about, what I do, and most of my work has been a reflection of what I’ve been going through in one way or another.
Untuk memperingati memori-memori indah yang pernah dihadiahkan oleh Chester kepada dunia muzik, dengarkan lagu-lagu hit Linkin Park melalui playlist ini:
Antara selebriti-selebriti yang turut merasai pemergian Chester: