Keputusan tersebut dibuat sebagai penghormatan kepada bintang Avengers itu berikutan insiden buruk yang menimpanya awal bulan ini. “Semua orang sensitif terhadap kejadian yang menimpa Jeremy,” kata pencipta drama jenayah itu, Hugh Dillion.
Menurut Variety, poster asal Mayor Of Kingstown diedarkan pada Disember lalu sebelum Jeremy ditimpa kemalangan ngeri yang menyebabkannya kritikal sehingga memerlukan dua pembedahan.
Aktor berusia 51 tahun itu mengalami trauma di bahagian dada selepas digilis pembajak salji ketika cuba membersihkan jalan masuk ke kediamannya di Nevada yang dipenuhi salji tebal pada Tahun Baru.
Dia yang turut mengalami calar-balar di wajah dan kecederaan tulang diterbangkan ke hospital menaiki helikopter.