“Kini, ia seperti satu lagi tekanan dalam budaya metal, dunia metal, dan muzik rock secara umum. Saya sering dibuli di sekolah kerana mendengar lagu Paramore dan My Chemical Romance,” katanya.
Kumpulan seperti Paramore (diketuai oleh Hayley Williams) dan My Chemical Romance (diketuai oleh Gerard Way) merupakan antara peneraju punk rock pada awal tahun 2000 dengan lagu popular mereka seperti Misery Business dan Welcome To The Black Parade.
Namun Willow yang mengenali industri muzik tersebut menerusi ibu bapanya, Jada Pinkett Smith dan Will Smith berasakan dirinya tidak ‘masuk’ dengan pangkalan peminat muzik itu dan tidak pula melihat penyanyi berkulit hitam membawakan genre sedemikian.