Willow kembali bergelar penyanyi lima tahun kemudian dan menghasilkan muzik dengan cara tersendiri. Dia melancarkan album pertama, Ardipithecus pada 2015 diikuti dua lagi album, The 1st (2017) dan Willow (2019). Tahun lalu, dia melancarkan album kolaborasi bersama Tyler Cole berjudul The Anxiety.
Lagu terbaharunya, Transparent Soul yang menampilkan pemain dram Blink-182, Travis Barker adalah langkah pertamanya dalam menghasilkan muzik pop-punk.
Jelas Willow, muzik terbaharunya dan dan lagu yang dilancarkan tahun lalu mendapat inspirasi daripada ibunya.
“Melihat aksi ibu saya dan bagaimana dia mengawal muzik serta kumpulannya membuatkan saya sedar, itulah yang saya mahu lakukan. Saya mahu menjadi wanita kuat yang sanggup melakukan apa sahaja di atas pentas,” katanya.
Foto: Getty Images
Baca: Terpalit Isu Buli, Chrissy Teigen Tarik Diri Daripada Rancangan Netflix