Malam Oscar sentiasa menjadi ultimate moodboard untuk segala inspirasi kecantikan dan tahun ini terasa lebih dekat dengan realiti. Lebih personal, lebih effortless, dan lebih “real”. Tiada lagi glam yang terlalu sarat atau dibuat-buat, sebaliknya selebriti hadir dengan interpretasi kecantikan yang lebih santai.
Karpet merah kali ini bukan sekadar tentang nampak cantik, tetapi tentang owning your look dengan penuh keyakinan. Daripada kulit sihat yang dibiarkan bernafas, hinggalah statement eyeliner yang bold dan penuh karakter, setiap gaya membawa identiti tersendiri, tanpa perlu ikut satu formula yang sama.
EH! himpunkan sepuluh gaya kecantikan paling standout di Oscars 2026 daripada soft glam yang minimal hinggalah look yang berani mencuri perhatian. Bersedia untuk jadikan ini sebagai inspirasi seterusnya, kerana siapa kata red carpet glam hanya untuk satu malam?
1. Emma Stone
Emma Stone tampil dengan solekan mata shimmer yang benar-benar mencuri spotlight. Dipadankan pula dengan pipi dan bibir rona peachy-pink, look ini nampak segar, manis dan sangat wearable. Rambutnya pula beralih ke gaya lob beralun lembut. Sangat moden, chic dan effortless.

2. Anne Hathaway
Anne Hathaway tampil dengan soft glam yang terasa cukup refined dan effortless. Pilihan rona peach dan rose yang sepadan dengan gaunnya menjadikan keseluruhan look nampak begitu menyatu. Lembut, romantik dan penuh keanggunan, tanpa perlu elemen yang keterlaluan.

3. Priyanka Chopra
Priyanka menghidupkan semula trend blue eyeshadow tetapi dalam versi yang lebih matang dengan tona grey-blue. Dipadankan dengan kulit glowing hasil prep skincare, keseluruhan look Priyanka pada malam itu nampak mewah dan cukup refined.

4. Teyana Taylor
Kalau bercakap tentang statement look, Teyana memang juaranya. Graphic eyeliner tajam yang menjadi signature-nya dipadankan dengan pixie cut sleek menjadikan keseluruhan gaya nampak edgy, kuat dan penuh karakter.

5. Charithra Chandran
Bintang Bridgerton Charithra Chandran menyerlah dengan gaya yang cukup seimbang. Updo yang kemas dipadankan dengan hujung rambut yang dibiarkan lembut memberi sentuhan effortless yang tidak terlalu formal. Solekan dalam rona honey dan coklat pula menaikkan seri wajah secara natural, menjadikan look ini tampak hangat, versatile dan mudah digayakan untuk apa jua acara.

6. Elle Fanning
Elle Fanning benar-benar menangkap esensi no-makeup makeup look dengan pendekatan yang terasa segar dan ultra modern. Hampir tanpa maskara, hanya sapuan blush merah jambu lembut dan sedikit kilauan pada bibir, fokus sepenuhnya dibiarkan pada kulitnya yang clean dan sihat. freckles included!

7. Barbie Ferreira
Barbie Ferreira membawa sentuhan Old Hollywood yang cukup klasik tetapi masih terasa moden di karpet merah Oscars 2026. Rambutnya digayakan dalam alunan besar dengan deep side part, mencipta siluet yang dramatik, satu throwback kepada glam era lama Hollywood. Namun, keseimbangan hadir melalui solekan yang lebih lembut, bibir neutral dengan tona pink-nude dan sentuhan smoky yang subtle menjadikan look ini tidak terlalu berat.

8. Chase Infiniti
Antara look paling dreamy di karpet merah, Chase Infiniti tampil mencuri perhatian dengan lilac eyeshadow yang halus dipadankan dengan goddess braids yang kemas mencipta aura yang fresh, youthful dan penuh karakter. Look ini terasa light dan sangat Gen Z.

9. Nicole Kidman
Nicole Kidman tampil dengan versi effortless glam yang lebih refined di Oscars 2026. Rambutnya digayakan dalam alunan lembut yang sedikit tousled, memberi efek natural dan tidak terlalu set. Untuk solekan, fokus diberikan pada kulit yang luminous dipadankan dengan mata smoky yang sangat subtle, pipi rona pink lembut dan bibir nude natural.

10. Kate Hudson
Kate Hudson tampil dengan interpretasi moden gaya Old Hollywood yang cukup polished. Rambutnya digayakan dalam alunan lembut dengan deep side part, diinspirasikan daripada siluet klasik dengan kemasan yang lebih sleek menggunakan alat penggayaan GHD serta produk Joico. Untuk solekan, kelopak mata diberi sentuhan shimmer halus, dipadankan dengan blush pink yang lebih terang bagi menaikkan seri wajah, manakala bibir kekal dalam tona natural. Penampilan ini dilengkapkan dengan gaya kuku iced-glazed neutral.

Artikel Berkaitan: Oscar 2026: Gaya Para Selebriti di Karpet Merah
