EH! Sentiasa di hadapan trend kecantikan dan dalam era di mana satu video durasi 15 saat boleh mengubah nasib sesuatu jenama, TikTok terus menjadi kuasa besar yang menentukan apa yang ‘in’ dan apa yang wajib masuk dalam rutin kecantikan kita.
Aplikasi TikTok terus menjadi pentas utama yang menentukan pemenang. Apa pun pilihan anda, semua produk ini telah terbukti mendapat sokongan komuniti kecantikan di Malaysia, lengkap dengan ribuan review jujur dan before-after yang mengagumkan. EH! himpunkan sepuluh produk paling viral di TikTok untuk tahun 2025, yang mendominasi FYP pencinta dunia kecantikan.
1. Skintific
Tidak lengkap line-up produk viral tanpa Skintific. Setiap kali muncul produk baharu pasti sold out. Hero utamanya seperti 5X Ceramide Serum dan Barrier Repair Moisturizer terus menjadi pilihan untuk kulit sensitif dan kusam. Dan belum lagi kita menyentuh tentang fenomena cushion mereka. Skintific kembali mencipta kegilaan dengan Cover Glow Perfect Cushion, formula yang menjanjikan effortless glow sepanjang hari sehinggakan ramai mengatakan ia bagaikan filter TikTok dalam bentuk cushion.
Produk Rekomendasi – Cover Glow Perfect Cushion

2. D’Alba
D’Alba White Truffle First Spray Serum sememangnya menjadi kegemaran ramai. Selebriti seperti Intan Najuwa dan Mimi Lana, serta pempengaruh seperti Tyra Kmrzmn, sering berkongsi tentang spray yang dianggap sebagai rahsia glow mereka. Satu semburan sudah cukup untuk memberi instant radiance, memastikan kulit lembap sepanjang hari, dan solekan tampak lebih flawless. Dengan white truffle sebagai hero ingredient, produk ini memberi rasa luxury tanpa perlu berbelanja mahal.
Produk Rekomendasi – D’Alba White Truffle First Spray Serum

3. Glad2Glow
Sejak kemunculannya pada penghujung 2024, Glad2Glow perlahan-lahan menempatkan diri sebagai jenama pilihan generasi baharu. Ringkas, mudah, dan tepat dengan apa yang dicari oleh mereka yang baru sahaja mahu mulakan rutin kecantikan. Glad2Glow turut meluaskan empayar kecantikannya dengan rangkaian makeup yang moden dan praktikal. Skin tint yang memberikan lit-from-within glow, brightening lip serum yang menyuntik warna lembut pada bibir, dan loose powder yang mengunci solekan. Semuanya dirangka untuk memenuhi gaya hidup moden yang sentiasa on-the-go!
Produk Rekomendasi – Glad2Glow Flawless Blurring Skin Tint

4. TimePhoria
Baru sahaja menjejakkan kaki ke arena kecantikan, TimePhoria sudah pun menjadi wajah baharu yang kerap menghiasi FYP peminat makeup tempatan. Jenama ini pantas menarik perhatian bukan sekadar kerana estetika yang trendy, tetapi kerana produknya benar-benar deliver. Antara yang paling mendapat tempat di hati pengguna di TikTok termasuk lip stain, eyeliner dan liquid blush yang memberikan semburan warna segar pada pipi.
Produk Rekomendasi – Stellar Dust Lip Stain

5. TIRTIR
Jenama kecantikan dari Korea Selatan ini terus mencuri perhatian dengan cushion yang benar-benar memahami realiti cuaca Malaysia. Sama ada anda berpeluh, berjemur atau sedang workout, cushion TIRTIR kekal tidak berganjak menjadikannya antara pilihan paling dipercayai untuk tahun 2025. Sebagai pelengkap kepada popularitinya, TIRTIR baru sahaja memperkenalkan V BTS sebagai duta jenama menjadikan jenama ini semakin mendapat perhatian global dan tentunya menambah lagi faktor “must-try” bagi para peminat kecantikan.
Produk Rekomendasi – TIRTIR Mask Fit Red Cushion

6. Sea Makeup
Siapa sangka jenama dari negara seberang ini berjaya mencuri hati ramai. Setting spray mereka menjadi bintang, bukan sahaja kerana harga yang mesra poket, tetapi kerana kemampuannya mengekalkan solekan tahan lama tanpa rasa melekit atau berat. Sesuai untuk mereka yang mahukan wajah flawless sepanjang hari tanpa perlu sentiasa touch-up, Sea Makeup membuktikan bahawa produk mampu milik pun boleh beri hasil pro-level.
Produk Rekomendasi – Sea Makeup Stayput Prime & Set Continuous Setting Spray

7. MAKEOVER
Di awal 2025, jenama kecantikan MAKEOVER telah mencuri perhatian peminat kecantikan, terutamanya dengan loose powder dan lip cream yang dianggap top-tier. Dari coverage yang sempurna hingga kemasan bibir yang tahan lama, setiap produk seolah-olah direka untuk mereka yang mahu hasil solekan yang flawless. Ia bukan sekadar alat solek tetapi kunci untuk mencipta look yang confident, effortless, dan ready-to-glow setiap hari.
Produk Rekomendasi – MAKE OVER Hydrastay Radiant Finishing Powder

8. Numbuzin
Setiap varian toner pad Numbuzin mempunyai peminatnya yang tersendiri, namun yang paling mencuri tumpuan tahun ini ialah No.5+ Vitamin Niacinamide Concentrated Pad. Dalam hanya seminggu, ia mampu memberikan kesan kulit lebih cerah dan lembap, membuatkan ramai cepat jatuh cinta. Mudah digunakan dan sangat praktikal, produk ini sesuai untuk mereka yang mahukan rutin penjagaan kulit yang cepat tetapi berkesan perfect untuk glow-up yang nyata tanpa bersusah payah.
Produk Rekomendasi – No.5+ Vitamin Niacinamide Concentrated Pad

9. Medicube Toner Pad
Bagi peminat kecantikan, Medicube sudah menjadi jenama yang hampir wajib ada dalam rutin penjagaan kulit. Produk mereka yang paling menonjol, Medicube Toner Pad, telah mencuri perhatian ramai di TikTok. Ia dianggap sebagai “reset” untuk kulit, membantu menenangkan kulit wajah, mengimbangi minyak, dan memberikan rasa segar setiap kali digunakan. Hasilnya, wajah kelihatan lebih sekata, berseri, dan sihat.
Produk Rekomendasi – Medicube Zero Pore Pad

10. Some By Mi
Walaupun bukan jenama baharu, Some By Mi kembali mencuri perhatian dengan reformulasi AHA BHA 30 Days Miracle dan sunscreen. TikTok menjadi platform utama yang memperkenalkan semula Jenama ini, menjadikan produk ini relevan sekali lagi. Dengan formula yang dipertingkatkan, ia bukan sahaja menenangkan kulit dan mengawal jerawat, tetapi juga melindungi daripada sinaran UV tanpa meninggalkan rasa melekit sesuai untuk mereka yang mahukan kulit bersih, sihat, dan segar setiap hari.
Produk Rekomendasi – SOME BY MI AHA BHA PHA 30 Days Miracle Toner

Artikel Berkaitan: Rangkaian Penjagaan Kulit Baharu Carlo Rino: Crystal Care, Untuk Rahsia Kulit Berseri Tanpa Solekan
