Penhaligon’s Highgrove Bouquet EDP
Saat kali pertama menyembur haruman ini saya terus terpikat. Saya harus akui minyak wangi terbaru Penhaligon’s ini menebar aroma mewah yang cukup menyenangkan tidak seperti sesetengah haruman mewah yang tidak semuanya secucuk dengan selera orang kita. Highgrove Bouquet berbau lembut namun masih ada karakternya. Ia sebuah penghargaan buat Highgrove Garden yang mana merupakan kediaman King Charles III. Haruman ini menghimpunkan weeping silver lime, mimosa, kayu sedar serta Orris fusion. Boleh dimiliki secara eksklusif di Escentials Suria KLCC. RM950 (100ml).