Istimewa untuk beauty junkie, ini empat produk skincare yang kini berada di pasaran patut anda cuba bulan ini.
Sejak masuk tahun baharu ini saya rasa lebih semangat hendak membelai muka. Hampir setiap malam saya cuba untuk gunakan pupur muka (sheet mask) sebelum tidur. Saya juga ekstra rajin bila menambah sheet mask khusus untuk mata. Memandangkan usia makin bertambah, bahagian mata jugalah perlu diberi perhatian ekstra kerana di situlah tanda-tanda penuaan paling awal akan kelihatan. Untuk anda semua saya kongsikan tiga produk untuk kulit yang baru (ada juga yang lama) untuk anda cuba bulan ini.
Capture Totale Le Serum, RM485
Dior Capture Totale Le Serum yang baharu ini, ia menerokai ekstrak Longoza dan Tuscan Iris yang ditapai, berkebolehan dalam mengaktifkan semula potensi keremajaan kulit. Longoza, yang juga dikenali sebagai “bunga phoenix”, telah berada di bawah pengawasan Dior selama tiga dekad lamanya di taman Dior yang berlokasikan di hutan hujan Madagascar. Melalui penemuan proses multi-penapaian, kuasa anti-penuaan Longoza dipertingkatkan lagi untuk menyasarkan sel-sel tunjang. Oleh itu, produk ini mampu menembusi jauh ke dalam lapisan kulit dan kesannya kepada kulit boleh dilihat dalam masa empat jam sahaja.
Boleh dapatkan di SINI!