Ribuan beauty creator tampil dengan content kreatif, memberikan pelbagai idea dan inspirasi untuk rutin kecantikan harian. Tidak kira sama ada anda seorang yang baru sahaja ingin berjinak dalam dunia kecantikan, atau seorang yang sudah berpengalaman, TikTok pasti ada sesuatu yang baharu dan menyeronokkan untuk anda tonton.
Adakah TikTok bakal mengatasi Google sebagai sumber rujukan utama? Mungkin kedengaran keterlaluan, tetapi bayangkan, hampir semua perkara yang anda mahu tahu kini boleh didapati di TikTok. Dari cadangan tempat makan yang menarik, gosip selebriti terkini, hingga ke trik kecantikan yang mudah diikuti. TikTok tidak lagi sekadar platform hiburan, ia telah berkembang menjadi portal kecantikan yang penuh inspirasi buat mereka yang ingin kekal on-trend.
Dengan kandungan yang mudah difahami dan bersifat visual, sesiapa sahaja boleh mempelajari teknik baharu dalam penjagaan kulit, mencipta makeup look yang menawan, atau mengenal pasti produk kecantikan yang terbaik. Bukan sahaja menjadi sumber inspirasi, malah ia menghubungkan pengguna dengan trend kecantikan tanpa batasan.
Jadi, dalam era di mana kecantikan dan teknologi bertembung, TikTok adalah tempat terbaik untuk mendapatkan inspirasi. Mari kita lihat lima beauty creator yang mungkin belum pernah muncul di FYP anda tetapi wajib diikuti untuk pelbagai tip dan trik menarik!
1. @Nanalee.8
Jika anda peminat K-beauty, Nana Lee adalah nama yang patut berada dalam senarai following anda. Gadis manis dari utara ini sering mencuri perhatian dengan cara penyampaiannya yang bersahaja, tetapi penuh dengan tip kecantikan yang berkesan. Nana Lee gemar berkongsi tutorial solekan yang praktikal dan tip penjagaan rambut yang mudah diikuti. Penampilan trendy ala Korea yang dibawanya membuatkan ramai teruja untuk mencuba look baru. Bukan itu sahaja, anda juga boleh belajar cara mendapatkan rambut cantik dan teknik solekan flawless, dengan mudah melalui video-videonya.
@nanalee.8 Grwm pergi event Brik, i hampir pengsan beratoq nak beli bag tu tau 🥲 siapa pergi harini make sure minum banyak ayaq
2. @thenictionary
Nicole, atau lebih dikenali sebagai Thenictionary, adalah beauty creator yang bukan sahaja kreatif, malah fasih berbahasa Melayu. Gaya rambutnya yang sering berwarna-warni menambahkan elemen kejutan dalam setiap video, menjadikannya lebih unik dan menarik perhatian. Nicole gemar bermain dengan warna-warna bold dan sering tampil dengan solekan yang playful, sesuai untuk mereka yang gemarkan gaya solekan berani dan eksperimental. Keperibadiannya yang ceria serta interaktif pasti akan membuatkan anda tidak mahu ketinggalan satu pun videonya!
@thenictionary In my idgaf about anything anymore era #jokermakeup #halloween2033 #halloweenmakeup #jokerface
3. @troy_ling
Jika anda seorang beauty junkie yang selalu mencari produk baru, Troy Ling adalah beauty creator yang perlu anda ikuti. Troy sering berkongsi reviu jujur tentang produk kecantikan yang terkini, yang sering membuatkan anda tergoda untuk mencuba sendiri. Apa yang menarik, Troy juga memberikan tutorial solekan dengan langkah mudah untuk menghasilkan look yang cantik dan menawan. Ingin tahu produk mana yang berbaloi untuk dibeli? Troy adalah go-to anda untuk panduan membeli produk kecantikan.
@troy_ling REMOVER MAMPU MILIK, betul ke atau overhype, JOM REVIEW THE ORIGINOTE #reviewjujur #makeupreview #muamalaysia #makeupmurah #makeupremover #theoriginote
4. @nanatjdnn
Nana Tajudin adalah beauty creator yang sesuai untuk anda tonton jika anda gemar dengan solekan simple dan praktikal. Nana sering berkongsi tutorial solekan yang mudah untuk gaya harian, menjadikan video-videonya sangat relevan untuk rutin kecantikan seharian. Penjelasannya yang jelas dan ringkas menjadikan solekan nampak tidak terlalu mencuba, tetapi tetap menawan. Jika anda mencari inspirasi untuk look seharian yang minimal, Nana adalah beauty creator yang patut anda follow!
5. @najjiiih
Jika anda gemarkan solekan gaya it girl yang trendy, Najihah adalah beauty creator yang harus berada dalam radar anda. Dia gemar menggunakan produk kecantikan lokal yang mampu milik dan berkualiti untuk mencipta look yang full coverage dan berseri sepanjang hari. Solekannya yang ringan dan flawless menjadikan dia inspirasi terbaik bagi mereka yang mencari penampilan effortless tetapi tetap menawan.
@najjiiiha makeup base fully from @Maaez HQ !
Artikel Berkaitan: 7 Gaya Denim Pempengaruh Digital Fesyen
@nanatjdnn kalau dah tengok vid ni tapi still tak teracun jugak taktau la nak cakap apa😞🙏🏻