Minggu Fesyen Milan kali ini bukan sahaja menampilkan trend fesyen semata, tetapi juga gaya solekan yang pastinya akan menjadi inspirasi ramai. Dari gaya yang bold hingga yang lebih minimalis, setiap look menawarkan inspirasi untuk anda jadikan rujukan dalam mencipta penampilan yang berani dan menawan. Kini, tiba masanya untuk anda ‘steal the look’ dan serlahkan kecantikan tersendiri dengan gaya solekan yang penuh karakter!
Selebriti yang hadir di Minggu Fesyen Milan benar-benar mencuri perhatian dengan pelbagai gaya solekan yang bold, segar, dan penuh versatil. Dari kilauan bibir yang menggoda hingga eyeliner tajam yang membingkai mata dengan sempurna, setiap penampilan tampil lebih daripada sekadar cantik tetapi ia menjadi sumber inspirasi untuk pencinta kecantikan di seluruh dunia.
EH! senaraikan tujuh gaya solekan yang paling mencuri tumpuan di Minggu Fesyen Milan 2025. Ready to steal their looks? Jom kita selami kecantikan para selebriti di Minggu Fesyen Milan dan ketahui bagaimana anda boleh mencipta gaya ini dalam rutin kecantikan harian anda, dengan rekomendasi produk pilihan daripada EH!
1.Kendall Jenner
Kendall Jenner, hadir ke pertunjukan fesyen Bottega Veneta SS 2025, dengan gaya rambut blonde yang bold dan hujung rambut bergaya flip, mencipta aura retro yang edgy. Warna akar rambut coklat yang masih kelihatan, memberi kontras yang sofistikated. Solekan wajahnya tampak minimal, dengan sapuan blush merah jambu lembut di pipi. Kendall mengenakan gincu merah jambu bersama lip liner yang sedikit gelap, mencipta kombinasi yang menjadikan bibirnya kelihatan lebih menarik.
Rekomendasi Produk Pilihan EH!:
KYLIE COSMETICS – Velvet Liquid Lipstick & Lip Liner Kit
Anda boleh mencipta gaya bibir yang penuh dimensi dengan tekstur matte lembut dan lip liner yang memberikan definisi sempurna persis Kendall Jenner dengan menggunakan Kylie Cosmetics Velvet Lip Kit. Setiap kit dilengkapi dengan Velvet Liquid Lipstick yang pigmented dan Lip Liner Pencil ikonikkegemaran ramai. Hadir dalam 11 warna yang mudah dipadankan, Kylie Cosmetics Velvet Lip Kit sememangnya sesuai untuk gaya bibir yang sofistikated dan elegan sepanjang hari.
2. Heart Evangelista
Heart Evangelista tampil dengan gaya rambut pendek yang disisir rapi ke tepi, memberikan sentuhan klasik yang moden. Tetapi, apa yang mencuri perhatian adalah solekan fresh yang menonjolkan kecantikan semula jadinya yang disempurnakan dengan maskara pada bulu mata bawah untuk mencipta ilusi mata yang lebih besar dan bersinar. Gaya ini benar-benar memberikan kesan chic yang elegan, sempurna untuk yang menggemari solekan effortless namun impactful.
Rekomendasi Produk Pilihan EH!:
FENTY BEAUTY – Hella Thicc Volumizing Mascara
Jika anda inginkan bulu mata yang tebal dan menawan, Hella Thicc Volumizing Mascara dari Fenty adalah pilihan tepat untuk ditambah ke dalam troli anda. Maskara ini menjanjikan volume luar biasa, mampu mencipta gaya bulu mata penuh seperti Heart Evangelista. Formula ultra-creamy berwarna hitam pekat ini hadir dengan berus yang direka khas untuk melapisi setiap helaian bulu mata, memberikan kesan tebal yang memukau. Bulu mata anda akan kelihatan lebih tebal, lebih dramatik, dan penuh volume.
3. Hwasa
Penampilan penyanyi K-pop yang terkenal dengan gaya beraninya, Hwasa tidak mengecewakan di Minggu Fesyen Milan. Penampilannya menonjol dengan solekan kening yang memberi keseimbangan sempurna antara edgy dan klasik. Keningnya yang digayakan sedikit tipis, serasi dengan warna rambut oren terang yang mencuri tumpuan, memperlihatkan keberanian yang luar biasa. Ditambah dengan gaya rambut yang diikat rapi namun dibiarkan sedikit terkeluar, menjadikan penampilan Hwasa kali ini ikonik dan penuh karakter.
Rekomendasi Produk Pilihan EH!;
ANASTASIA BEVERLY HILLS – Volumizing Tinted Brow Gel
Untuk kening yang tampak lebih penuh dan berani seperti Hwasa, Anastasia Beverly Hills Volumizing Tinted Brow Gel adalah pilihan yang sempurna. Gel ini bukan sahaja memberi warna tetapi juga menambah volume pada kening anda dengan bantuan berus dual-action. Tekstur mousse yang ringan melapisi setiap helaian memberikan hasil yang semula jadi dan penuh. Hanya dalam beberapa saat, anda akan mendapatkan kening yang lebih tebal sempurna dan kekal rapi sehingga 24 jam.
4. Gigi Hadid
Supermodel terkenal, Gigi Hadid kembali mencuri perhatian dengan menghidupkan semula trend eyeliner hitam tebal yang bold semasa pertunjukan Versace. Gigi tampil memukau dengan kening gaya feather yang disikat rapi dengan arch tinggi, memberikan definisi sempurna dan dramatik pada wajahnya. Menariknya, solekan wajahnya dibiarkan minimal, meletakkan fokus sepenuhnya pada matanya yang menyerlah dengan gaya eyeliner tebal, memberi tumpuan penuh pada matanya.
Rekomendasi Produk Pilihan EH!:
Jika anda ingin mencipta gaya eyeliner tebal dan berani seperti Gigi Hadid, Tattoo Pencil Liner Waterproof Long-Wear Gel Eyeliner dari KVD Beauty adalah pilihan terbaik. Eyeliner ini bukan sahaja mudah digunakan, tetapi juga kalis air dan transferproof, memastikan ia kekal sempurna sepanjang hari di kelopak mata anda. Tersedia dalam kemasan matte dan metalic, anda boleh menggunakannya untuk melakar garis mata yang tajam, mencipta kesan smudge, atau bermain dengan gaya grafik.
5. Kiwi Lee
Model terkenal Taiwan, Kiwi Lee, membuktikan gaya rambut pendek dan bang ikoniknya sebagai signature fesyennya. Di Minggu Fesyen Milan untuk pertunjukan Bally, Kiwi Lee tampil segar dan memikat dengan solekan yang menonjolkan kecantikan semula jadinya. Kulitnya yang glowing dan flawless menyerlahkan aura natural yang penuh elegan, menjadikan penampilannya sebagai inspirasi utama untuk kecantikan minimalis namun tetap memukau.
Rekomendasi Produk Pilihan EH!:
Dior Forever Skin Glow Foundation bukan sahaja memberikan kemasan yang bercahaya selama 24 jam, tetapi juga secara aktif memperbaiki kualiti kulit anda dari masa ke masa. Dengan lebih daripada 40 pilihan warna, ia sesuai untuk pelbagai tona kulit, memberikan sapuan yang sekata dan sempurna. Apa yang menjadikannya lebih istimewa adalah formulanya yang mengandungi 86% bahan penjagaan kulit, diperkaya dengan ekstrak wild pansy untuk penghidratan, hibiscus dan nasturtium untuk kilauan, serta iris untuk melindungi kulit.
6. Christina Kuan
Pempengaruh digital popular, Christina Kuan, benar-benar mencuri perhatian di pentas fesyen dengan gaya solekan snatched yang tajam, mencipta dimensi wajah yang sangat menawan. Sentuhan fake freckles yang playful menambahkan elemen fun pada keseluruhan look, menjadikan penampilannya lebih segar dan standout. Rambutnya disisir rapi ke belakang, memperlihatkan kesempurnaan gaya yang sleek, melengkapkan penampilan Christina sebagai ikon kecantikan terkini.
Rekomendasi Produk Pilihan EH!:
PATRICK TA – Crème Contour & Powder Bronzer Duo
Untuk mendapatkan kontur wajah yang lebih tajam dan rapi seperti Christina Kuan, Crème Contour & Powder Bronzer Duo dari PATRICK TA merupakan palet yang menggabungkan krim kontour dan bronzer yang direka untuk memberikan dimensi wajah yang lebih runcing. Krim kontour yang lebih cerah membantu membentuk dan mendefinisikan wajah, manakala bronzer memberikan sentuhan kehangatan yang lembut dan semula jadi. Sapukan krim kontur dan blend lembut wajah anda. dan akhiri dengan sapuan bedak bronzer menggunakan berus untuk mendapatkan efek sun-kissed yang glowing.
7. Scha Alyahya
Scha Alyahya benar-benar mencuri tumpuan di pertunjukan fesyen Onitsuka Tiger dengan penampilan yang memukau dan berkarakter. Solekan minimal yang diserlahkan dengan warna gingu gelap memberikan kesan dramatik, namun tidak berlebihan, dalam penampilan Scha. Yang paling menonjol adalah gaya rambutnya dibelah tengah dan diikat rapi dalam gaya sleek yang sempurna, menjadikan Scha tampil elegan dan versatil, menyerlahkan aura bintang yang dimilikinya.
Rekomendasi Produk Pilihan EH!:
Cipta gaya rambut sleek ala Scha Alyahya dengan hair wax dari PERCY & REED yang memberikan pegangan fleksibel tanpa membuat rambut anda terasa keras, meninggalkan matte finish yang natural dan tidak terlalu berkilat. Ia juga meningkatkan tekstur rambut, menjadikannya rambut anda kelihatan lebih sihat dan kuat. Diformulasikan dengan kafein dan protein, ia mampu melindungi dan memperkuat rambut anda. Sangat ideal untuk menata gaya rambut sleek mengekalkan bentuk sepanjang hari, serta mengawal rambut yang sukar diurus.
Artikel Berkaitan: Rekaan Terbaik Sepanjang Milan Fashion Week SS25