Jun Ji Hyun Gemar Melakukan Senaman
Salah seorang pelakon terkenal di Korea, Jun Ji Hyun yang kini berusia 40 tahun amat dikagumi kerana susuknya yang langsing dan kulitnya yang berseri. Menurut majalah W, dia memulakan harinya seawal pukul 6 pagi dan melakukan senaman pernafasan sebelum bersenam. Ia diikuti dengan kardio panjang dan kelas Pilates tiga kali seminggu. Selain itu dia juga gemar mendaki, berbasikal, berenang dan berlari.