“Smiling is contagious,” kata Hun Haqeem, dan dia mahu kita terus tersenyum dan yakin dengan senyuman sendiri. Bukankah senyuman itu aset wajah paling berharga?
Ramai antara kita menghabiskan masa merias diri, termasuklah bersolek dan mendandan rambut. Tidak kira perempuan mahupun lelaki, kita adakalanya terlupa kita punya aset yang lebih berharga, yang harus kita jaga dan tonjolkan, yakni senyuman. Senyuman itu adalah sumber kepada rasa yakin dan gembira, mencerna rasa positif dalam diri.
Senyuman adalah satu tanda ingatan kepada diri tentang penerimaan orang sekeliling, yang membuat kita berasa selesa dengan diri kita. Senyuman menjadi cerminan personaliti kepada diri, orang yang melihat kita tersenyum akan membibit rasa positif tentang diri kita, kita dilihat sebagai seorang yang mempunyai personaliti menarik, menyenangkan dan mudah didekati.
EH! mengundang aktor dan hos terkenal, Hun Haqeem dan juga aktres, Eyka Farhana ke studio, dan kami duduk berbicara tentang senyuman. Kata Hun Haqeem dia mudah tersenyum apabila melihat binatang, dia sememangnya pencinta haiwan. Dia juga akan mudah tersenyum bila melihat orang tersenyum, baginya senyuman itu ada rasa positif yang membuatkan kita juga mahu tersenyum.
Lain pula bagi Eyka, sebagai seorang yang gemarkan makanan, melihat sajian di atas meja sudah mampu membuatkannya tersenyum. Oh dia juga suka membeli-belah, aktiviti itulah yang membibit senyuman girangnya.
Apa persamaan antara Hun dan Eyka? Kedua-duanya yakin dengan senyuman mereka. Bila ditanya berapa skala senyuman yang mereka berikan kepada senyuman mereka sendiri, Hun dan Eyka meletakkan 10. Ya, kenalah yakin dengan senyuman sendiri, dan itulah yang Colgate sukakan tentang kedua-dua personaliti ini.
Lebih Putih Dalam Tiga Hari
Tetapi persoalan utama, bagaimana untuk mendapatkan keyakinan dengan senyuman? Jawapan paling mudah tentulah dengan sebaris gigi yang bersih dan putih. Tidak kiralah bagaimana rupa gigi anda, sekiranya ia dijaga rapi, dibersihkan penuh disiplin, pasti anda bisa tersenyum dengan lebih yakin.
Colgate mahu merealisasikan senyuman penuh yakin anda menerusi Colgate Optic White O2, ubat gigi yang hadir dengan teknologi terkini, Active Oxygen yang akan membuat gigi lebih putih dalam masa tiga hari. Ya, dalam tiga hari sudah dapat dilihat perbezaannya kerana ubat gigi ini hadir dengan revolusi ubat gigi pemutih terkini, yang mana Active Oxygen tersebut menghasilkan jutaan buih halus dan hangat sewaktu anda memberus gigi. Buih-buih ini yang membersihkan gigi dengan lebih sempurna, diserap masuk ke dalam enamel gigi, lantas memutihkan gigi dari dalam dan luar. Usah bimbang, buih-buih ini bertindak lembut pada enamel.
Gunakan Colgate Optic White O2 dua kali sehari, dan berus atau gosok gigi anda selama dua minit siang dan malam. Tambah istimewa, Colgate Optic White O2 bebas gula, bebas gulaten dan vegan. Lebih menarik ia dibekaskan dalam tiub yang boleh dikitar semula. Ubat gigi ini tidak sesuai buat kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah.
Tersenyumlah, kerana setiap individu berhak tersenyum dengan riang, tambahkan keyakinan pada senyuman dengan barisan gigi yang lebih putih. Kini anda juga mampu tersenyum ceria seperti Hun dan Eyka bersama Colgate Optic White O2.
#SmileOutLoud #OpticWhiteO2