Go Hyun Jung Tidak Menggunakan Pemanas
Bintang berusia 51 tahun ini berjaya mengekalkan penampilan awet muda secara konsisten sejak kemunculan pertamanya sebagai naib juara Miss Korea pada tahun 1989. Katanya dalam temubual bersama The Guru Show, dia sering mengunjungi klinik perawatan kulit dan tidak kerap menyentuh wajah dengan jari. Petua paling penting yang diamalkannya adalah tidak menggunakan pemanas walaupun ketika musim sejuk kerana haba membuatkan kulitnya menjadi kering.