Ha Ji Won Mengambil Tiga Biji Lemon Setiap Hari
Pada usia 43 tahun, Ha Jin Won kelihatan bagaikan berusia 20-an. Katanya kepada Access Showbiz Tonight, dia menggunakan pupur wajah setiap hari dan mengambil lemon untuk mendapatkan kulit yang sihat berseri. “Saya makan tiga biji lemon setiap hari. Ia mempunyai efek menegangkan wajah dan menghalang kedutan,” katanya.