Jang Nara Mengurut Wajah Setiap Hari
Dengan wajahnya yang comel, sukar untuk mempercayai bahawa Jang Nara kini berusia 41 tahun. Salah satu rutin yang membantunya kekal awet muda adalah urutan wajah 10 minit setiap hari. Dia membersihkan wajah dengan pembersih jenis minyak sebelum memberi tekanan ringan dari garis rahang ke telinga. Menurutnya, rutin ini membantu mengurangkan sembap dan menganjalkan wajah.