Bagi sesiapa yang mencari cara untuk menambahkan bahan semulajadi dalam penjagaan kulit harian mereka, bakuchiol mungkin menjadi pilihan yang tepat untuk dicuba. Dengan kebaikan-kebaikan yang ditawarkannya, ia semakin mendapat tempat dalam rutin penjagaan kulit.
Dalam dunia penjagaan kulit yang terus berkembang, kini terdapat satu bahan semulajadi yang semakin mendapat perhatian daripada pengguna dan pakar kecantikan, iaitu bakuchiol. Bahan ini ditemui dalam daun dan biji tumbuhan Psoralea corylifolia, yang dikenali sebagai alternatif vegan kepada retinol yang terkenal kerana kemampuannya meremajakan kulit dengan meningkatkan pergantian sel dan merangsang sintesis kolagen.
Mengapa Bakuchiol Menjadi Begitu Popular?
Sejak dua menjak ini, bakuchiol telah menjadi topik hangat yang sering diperbincangkan oleh peminat skincare. Awalnya, saya juga tidak begitu familiar dengan bahan ini dan bertanya-tanya mengapa ia begitu popular di media sosial seperti X dan TikTok. Setelah saya mencubanya sendiri, saya kini faham bahawa popularitinya bukanlah hanya sekadar trend semata-mata, tetapi juga kerana kebaikan-kebaikan yang ditawarkannya dalam merawat dan memperbaiki keadaan kulit tanpa risiko dan iritasi yang sering dikaitkan dengan retinol.
Lima Kebaikan Bakuchiol Pada Kulit Wajah;
1. Melawan Tanda-tanda Penuaan
Kolagen adalah protein penting yang membantu menjaga kekencangan kulit, dan bakuchiol telah terbukti dapat meningkatkan kadar kolagen dan elastin dalam kulit. sementara elastin memberikan keanjalan yang diperlukan. Penggunaan bakuchiol secara berterusan selama beberapa minggu telah menunjukkan pengurangan yang ketara dalam garis halus dan kedutan.
2. Menjaga kelembapan kulit
kandungannya juga boleh membantu dalam meningkatkan kadar aquaporin 3, iaitu protein yang membawa air ke lapisan kulit. Ini menjadikannya bahan yang ideal untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mengatasi masalah kulit kering. Dengan kulit yang sentiasa terhidrasi, kekuatan penghalang kulit atau skin barrier juga akan terjaga dengan baik.
3. Lebih Selamat
Berbeza dengan retinol, yang kadang-kadang boleh menyebabkan iritasi pada kulit sensitif, bakuchiol dikenali sebagai pilihan yang lebih selamat. Ia sesuai untuk kebanyakan jenis kulit, termasuk kulit sensitif, kerana tidak menyebabkan reaksi yang tidak diingini seperti kemerahan atau kering. Bakuchiol bukan sahaja menawarkan alternatif semulajadi yang efektif kepada retinol, tetapi juga membuktikan kelebihannya dalam merawat pelbagai masalah kulit.
4. Mengurangkan Bintik Hitam
Selain meremajakan kulit, bakuchiol juga dikenali kerana sifatnya yang mampu mengurangkan pembentukan melanin atau pigmen pada kulit. Bila kadar melanin tinggi, kulit terlihat kusam hingga timbul bintik-bintik gelap. Dengan manfaat bakuchiol ini, ia membantu menyamankan warna kulit dan mengurangkan bintik-bintik gelap, meninggalkan kulit lebih merata dan berseri.
5. Mengurangkan Masalah Jerawat
Bakuchiol tidak hanya merawat tanda-tanda penuaan, tetapi juga membantu mengurangkan masalah kulit seperti jerawat. Sifat anti-radangnya membantu mengurangkan peradangan di kulit, manakala kawalan sebumnya sesuai untuk kulit yang cenderung berminyak. Kombinasi penggunaan bakuchiol dengan salicylic acid sebanyak 1%, maka jerawat berkurang hingga 67%.
Artikel Berkaitan: Perlukah Retinol dalam Rutin Penjagaan Kulit Anda?