Dengan sambutan yang hangat dari pelajar dan warga Universiti, EH! Beauty Truck x Sephora bukan sekadar trend baru tetapi juga simbol perubahan kepada kecantikan ‘bergerak’.
EH! Beauty Truck x Sephora mencipta sejarah terulung dalam dunia majalah digital dan produk kecantikan dengan mengunjungi Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) pilihan yang telah berlangsung dari 25 Jun sehingga 28 Jun 2024. Inisiatif yang inovatif ini bukan sahaja menarik perhatian peminat kecantikan, tetapi juga berjaya membawa pengalaman mencuba dan mendekati produk Sephora dengan cara yang unik terus ke universiti-universiti.
Terima kasih atas sokongan EH! Beauty Truck kolaborasi bersama Sephora yang tidak terhingga, hingga kita jumpa lagi!
Mengimbas kembali waktu itu, kami cukup teruja untuk membawakan konsep EH! Beauty Truck kolaborasi bersama Sephora kepada pelajar-pelajar di Universiti pilihan. Perasan gemuruh, teruja dan lain – namakan semuanya, ia merupakan detik yang ‘Worth It‘ tatkala konsep yang dibicarakan telah ‘hidup’ dan dikongsikan kepada orang ramai.
Perjalanan truck warna merah jambu, yang merupakan warna rasmi EH! sempena sambutan ulang tahun ke-25, kelihatan berlegar-legar di jalan raya sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, sedang menuju ke univerisiti-universiti pilihan.
Destinasi minggu pertama EH! Beauty Truck menapak di Sunway University dan kemudian meneruskan perjalanan ke IUKL, diserikan bersama pempengaruh digital undangan yang turut berkongsi pengalaman dan pelbagai tip mereka menjadi seorang content creator.
Minggu kedua pula, EH! Beauty Truck mengunjungi tiga universiti, antaranya Help Universiti, MAHSA dan UCSI. Cukup teruja kerana pengalaman dan memori dua minggu berturut bersama Sephora dan universiti-universiti ini mencipta hubungan erat EH! bersama pelajar-pelajar universiti.
Pelbagai aktivasi yang menarik ditawarkan antaranya Spin the Wheel, Eksplorasi Minyak Wangi Bersama Sephora, Pose! Di Muka Depan Terbaik EH!, Mesin Gashapon, Dapatkan Kopi HWC Anda dan Dapatkan Beg Kosmetik EH! 25.
Muat Turun Foto-Foto Dengan Klik Universiti Anda!
Baca: EH! Beauty Truck: ‘Catch Us & Win’, Produk Kecantikan Bernilai RM1,000 Untuk Dimenangi!