1. Air Kosong
Minuman paling senang untuk dibuat dan tidak renyah, minuman air kosong kerana ia memberikan hasil yang menakjubkan. Tahukah anda bahawa badan kita terdiri daripada 75 peratus air dalam bentuk cecair dan air mempunyai fungsi tersendiri iaitu memastikan kulit bersih dan sihat. Jika dehidrasi, ia akan membuatkan kulit kita kering dan gatal. Maka, pengambilan purata 4.5 hingga 5.5 liter air setiap hari mampu meningkatkan imunisasi badan anda lantas membebaskan semua toksin dalam badan dan mengekalkan keseimbangan pelembap kulit dan mencegah jerawat.