Haruman adalah langkah ‘penutup’ apabila kita bersiap. Baik perempuan atau lelaki, tidak akan sempurna berias jika tidak disudahi dengan semburan minyak wangi. Ini antara lima haruman terbaru yang ada di pasaran.
Essence of Dreams by Tory Burch
Jenama fesyen Amerika tersohor Tory Burch hadir dengan lima haruman yang dilancarkan menerusi koleksi Essence of Dreams. Kelima-lima haruman ini diformulakan dengan bahan botani bertaraf kelas satu bersama minyak esensi. Cosmic Wood, Divine Moon, Electric Sky, SUblime ROe serta Mystic Geranium menjadi sajian bau-bauan Tory Burch. Menurut Tory Burch haruman ini diinspirasikan dengan landasan serupa dengan koleksi fesyennya yakni kepercayaan kepada masa depan, penyatuan dan harapan berkongsi kejayaan. Seiring dengan kisah-kisah kehidupan, haruman ini juga akan membuatkan anda terkait dengan memori silam, kehidupan hari ini dan juga titian ke masa depan. Haruman ini boleh dimiliki pada harga bermula RM360 di butik Tory Burch, Pavilion KL.