2. Air Madu Dan Lemon
Tambahkan dua hingga tiga sudu madu dan satu sudu jus lemon/hirisan buah lemon ke dalam air sejuk kerana minuman ini bertindak sebagai detoks dan menghasilkan komponen antioksidan dan anti-penuaan. Ia juga membantu membersihkan toksin berbahaya dalam badan anda dan juga membantu dalam penurunan berat badan.
Khasiat madu ini banyak, antaranya ia mempunyai nutrien anti-penuaan, mengekalkan kulit anda lembap. Selain lemon pula, ia mengandungi vitamin C, membantu membina sel kulit baru dan peremajaan kulit.