TPH by Taraji oleh Taraji P. Henson
Masih ingat lagi siri EMPIRE? Sebuah siri yang mendedahkan kisah di sebalik industri muzik antarabangsa yang pernah hit suatu ketika dulu, dan salahs atu watak utamanya dipegang oleh Taraji P. Henson. Dia memperkenalkan TPH by Taraji, satu jenama kecantikan rambut hasil pemerhatiannya bertahun-tahun ke salon rambut. Menurut Taraji dia banyak mempelajari tip penjagaan dan teknik penggayaan rambut sepanjang dia berulang-alik ke salon rambut.
Menariknya produknya ini bukan sahaja untuk rambut asli malah formulanya disesuaikan dengan rambut palsu juga. “Rangkaian rambut saya sesuai untuk rambut palsu, untuk rambut yang ditocang, lurus mahupun keriting,” katanya. Taraji tidak menafikan rangkaian rambutnya memberi fokus kepada rambut orang kulit hitam namun itu tidak bermakna tidak sesuai untuk mana-mana bangsa dan genetik. “I want this to be all-inclusive,” ujarnya.