Good Dye Young oleh Hayley Williams
Apa yang buat orang mahu beli satu-satu produk ialah bila mereka yakin pengasasnya memang betul-betul menggunakannya. Dan itulah yang membuatkan Good Dye Young, jenama pewarna rambut yang dilancarkan oleh penyanyi utama kumpulan terkenal Paramore, Hayley Williams. Dia memang dikenali dengan identiti rambut berwarna terang. Dia mengasaskan jenama pewarna rambut ini bersama-sama teman baiknya, Brian O’connor pada tahun 2016.
Menurut salah seorang penulis majalah Allure, Nicola Dall’Assen yang pernah mencuba Good Dye Young, inilah pewarna rambut yang tahan lama khususnya bagi jenama pewarna untuk kegunaan sendiri di rumah lebih-lebih lagi yang menawarkan warna-warna terang.