Toner Pad telah menjadi bualan hangat di kalangan peminat kecantikan selepas video TikTok yang dikongsikan oleh Eyka Farhana.
Video tersebut tidak hanya mencuri perhatian peminat, tetapi turut mencetuskan gelombang pencarian Toner Pad di setiap butik kecantikan sehingga menyebabkan stoknya habis di pelbagai tempat! Fenomena ini membuktikan impak besar influencer dalam mempengaruhi trend kecantikan di alam maya.
Dengan pilihan toner pad yang beragam, pastikan untuk mengenalpasti keperluan kulit anda sebelum membuat pilihan. Jangan lupa untuk mengikuti petua dan panduan penggunaan yang betul bagi memastikan hasil yang optimum. Selamat mencuba dan rasai sendiri keajaiban Toner Pad yang menjadi kegilaan ini! EH!
Bagi yang ingin mencuba Toner Pad atau Pad Penyegar, berikut adalah senarai 5 produk terbaik yang anda perlu cuba:
1.SomeByMi AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle (RM62.30)
Pad penyegar ini terkenal dengan formulanya yang mengandungi asid AHA, BHA, dan PHA, membantu membersihkan kulit, mengurangkan jerawat, dan memberikan kelembapan.
2.Mediheal Watermide Moisture Pad (RM 95.00)
Mediheal Watermide Moisture Pad ialah pad penyegar yang melembapkan dan menyegarkan kulit. Diperkaya dengan bahan semulajadi seperti Botanical Extracts + Icelandic Glacial Water, ia membantu melembapkan kulit lama dan menyelaraskan tona wajah. Sesuai untuk semua jenis kulit, ia juga membantu mengurangkan kekeringan serta meningkatkan keanjalan kulit dengan cepat dan mudah.
3.Cosrx One Step Original Clear (RM72.68)
Cosrx One Step Original Clear Toner Pad membantu menyegarkan kulit dengan formula BHA, membersihkan liang pori dan mengatasi kulit berminyak serta berjerawat. Pilihan efektif untuk menjadikan rutin kecantikan, penyegar ini lebih berkesan dan sesuai untuk kulit berjerawat dan berminyak.
4.Pixi Glow Tonic To-Go Exfoliating (RM95.00)
Pixi Glow Tonic To-Go Exfoliating Toner Pads mengandungi glycolic acid yang membantu menyegarkan kulit, mengurangkan tanda penuaan dan memberikan kilauan semulajadi. Pad mudah digunakan ini sesuai untuk kulit yang memerlukan peningkatan kecerahan dan tekstur, menjadikan kulit anda tampak lebih gebu dan berseri.
5.medicube Zero Pore Pad 2.0 (RM82.00)
Medicube Zero Pore Pad 2.0 adalah toner pad yang membantu mengecilkan pori-pori, membersihkan kulit dan mengawal lebihan minyak. Diformulasi dengan bahan semulajadi, ia memberikan kelembapan serta merta dan kesegaran pada kulit tanpa rasa melekit. Ideal untuk mengatasi masalah kulit, toner pad ini mendapat populariti setelah dikongsikan oleh Eyka Farhana di TikTok.