Dalam usaha kita untuk memiliki rambut yang cantik, tanpa sedar kita cenderung melakukkan perkara yang boleh mengakibatkan kerosakan.
Rambut yang rosak boleh menyebabkan ia kelihatan kering dan tidak sihat. Jika anda terus mengamalkan tabiat buruk dalam penjagaan seharian, anda mungkin melihat rambut semakin menipis atau botak di sesetengah bahagian. Maka, adalah penting untuk anda mengetahui tabiat buruk yang boleh merosakkan supaya rambut anda tidak terdedah kepada kerosakkan berpanjangan seterusnya membantu memperbaiki penampilan anda.
Di sini anda akan temui 5 tabiat buruk yang mendorong kepada rambut rosak:
1. Mencuci Rambut Menggunakan Air Panas.
Mandi air panas pasti melegakan anda selepas hari yang sukar, tetapi tahukah anda yang ia boleh membahayakan rambut anda? Air panas memberi tekanan kepada rambut dan menghilangkan warna dari rambut lebih cepat daripada air yang lebih sejuk. Air panas akan merosakkan kutikel rambut dan menyebabkannya menjadi kering. Jadi, adalah digalakkan anda menggunakan air suam untuk mencuci rambut.